
Salam.
Kali ni saya nak kongsi dengan pembaca blog saya tentang susu formula yang terbaik untuk anak-anak kita.Memang benar susu ibu adalah susu yang paling terbaik untuk bayi..tetapi apabila susu ibu itu tiada atau sedikit sangat,apakah cara untuk beri anak kita susu?Pada masa dahulu,memang banyak kita dengar tentang anak diberi susuan oleh ibu yang lain.Tapi zaman sekarang ni susah dah nak cari ibu susuan.Jadi sekarang ni ibu bapa mula menggunakan susu formula untuk anak mereka.
Persoalannya sekarang ni,apakah susu formula yang terbaik untuk anak kita?
Jawapan saya ialah susu yang boleh dihadam dengan baik oleh anak kita.Setuju x?Bagi saya,susu yang mahal tidak semestinya terbaik sebab kadang-kadang ada berlaku masalah anak tidak dapat menyesuaikan susu itu seperti muntah2,cirit-birit dan sebagainya dan tidak semestinya susu yang murah itu tidak bagus,jika susu itu sesuai dengan anak kita,lebih baik teruskan saja.Jika beli yang mahal pun tetapi anak jatuh sakit atau tak selera pn tiada gunanya.
Saya menggunakan enfalac A+ untuk anak saya.Alhamdulillah,setakat ini tiada masalah.anak suka minum.Malah bertambah selera.Satu tin tu boleh habis dalam seminggu jer.Saya belum pernah cuba jenama susu yang lain lagi sebab tengok anak pun sihat alhamdulillah minum susu tu.Tapi bercadang untuk menukar susu anak ke jenama lain disebabkan anak pun kuat minum susu tambahan lagi harga susu sekarang ni boleh tahan juga mahalnya.
Jika ada pembaca yang ingin kongsikan susu yang mereka gunakan dipersilakanlah untuk komen.Ada terdapat banyak susu formula yang dijual di luar sana.Antaranya,snow,anmum,enfa,pediasure,bebilac,dumex dan macam-macam lagi.Mungkin ada yang ingin kongsikan pengalaman memilih susu.
No comments:
Post a Comment