Sabda Rasulullah saw "Barangsiapa menyimpan ilmunya maka Allah akan memasang sumbu api pada dirinya" (Ahmad)

Tuesday, April 6, 2010

AirAsia atau MAS?



Salam..post kali ni saya ingin berkongsi pengalaman saya menggunakan dua jenis pesawat penerbangan yang amat kita banggakan di Malaysia ini iaitu MAS dan AIRASIA. Kedua-duanya telah pernah saya naik.Agak kerap juga saya terutama ke Sabah/Sarawak.nak naik kereta tak boleh sampai kan..Akibat agak kerap menaiki pesawat, amatlah saya teliti dengan keadaan pesawat dan servis nya.OKlah.Sama jer rasa naik pesawat MAS atau AIRASIA pun. Jikalau flight antarabangsa,pesawat lebih besar digunakan iaitu AIRBUS A330 ataupun Boeing 777-200.Pesawat besar mmg best..luas dan selesa..pesawat besar saya taknak komen sebab saya dah pernah naik mmg bestlh kalau pesawat besar.Tapi ada terdapat sedikit lah perbezaan yang ingin saya kongsikan..di bawah ini perbezaan untuk pesawat Boeing 737-400(MAS) dan Airbus A320(AIRASIA).Pesawat ini untuk flight domestik selalunya.Ini perbezaan dari segi fizikal dahulu.
1. Tempat duduk..Mas lebih selesa. Ruang antara kerusi anda dengan kerusi hadapan lebih selesa..Airasia pulak agak terhad dan sempit terasa seperti sardin kadang-kadang. naik Airasia rasa agak sesak berada di dalamnya.kadang-kadang tak boleh nak turunkan kerusi sebab dah kena lutut orang belakang.Tetapi kerusi Airasia masih baru..Mas pulak agak kurang baru.
2.Aircon..Mas agak panas..bila naik jer rasa panas..lagi2 kalau delay,kena duduk dalam pesawat tu lama sikit,aircon tak rasa sangat..tapi bila dah terbang, aircon dah ok balik.tapi kena bukak full lah.Airasia pulak tidak dapat dinafikan airconnya terbaik..pesawat barulah katakan..masuk2 jer sejuk..nampak udara aircon tu kat atas.bila dah terbang,saya bukak lubang aircon tu sikit jer sebab kalau bukak abis rasa amat sejuk.
3.Tempat letak hand carriage..saya rasa sama jer xde beza sgt Mas atau Airasia.Tapi Airasia saya xpernah alami tapi ternampak person sebelah saya kena letak beg bawah kaki..kesian jugak sebab tempat duduk pun dah sempit..so tempat hand carriage Airasia cepat penuh kot sebab ramai penumpang kan..
4.Tandas..sama jer..tapi saya rasa kalau Airasia kena beratur lah sebab lepas makan terutamanya ramai yang pegi tandas..penumpang dah lah ramai..tandas ada baper jer..so better sebelum naik flight,buang dulu abis2..hehe
Oklah tu dari segi fizikal..next saya nk komen pasal servis yang diberikan oleh pramugari dan pramugara..MAS..mereka sgt suka senyum..saya suka layanan yang diberikan.amat mesra..begitu ikhlas melayan penumpangnya..dan mereka nampak agak senior dan saya rasa sudah lama dalam bidang ini. AIRASIA pulak terdiri daripada pramugari yang muda2.susah sikitlh nk senyum..saya pun xtahu kenapa..yg ok tu ada jgk..memang tidak dapat dinafikan AIRASIA's pramugari lebih cantik dari MAS's but kecantikan hanya bonus mereka,kita sebagai penumpang hanya nak servis yang cantik..but baru2 ni saya naik AIRASIA,AIRASIA's dah improve lah servis dia..diorg more friendly now..good work to AIRASIA's pramugari and pramugara!
Tiket..biasalah tiket MAS lebih mahal..tapi jika anda mahu tiket yang lebih murah,sign up to get the deal! yang terdapat dalam website mas tu..tapi tarikh penerbangan 2 minggu depan lagi..jikalau anda bernasib baik,anda mungkin dapat tiket jauh lebih murah daripada AIRASIA,ataupun sama harga dengan AIRASIA..tapi kena survey selalulh..AIRASIA pulak murah bila 6 bulan ke depan punya tarikh penerbangan..kalau nk beli on time punya flight, mahal sgt.tiket akan mahal bermula dari 3 minggu sebelum penerbangan..jadi, kalau nak harga biasa dan berpatutan,pastikan anda beli tiket sebelum 3 minggu dari tarikh penerbangan anda..tapi kalau public holiday,weekends,cuti sekolah memang tiket AIRASIA mahal sesangat..saya memuji MAS yang menawarkan harga tiket yang konsisten walaupun anda mahu terbang 2 minggu lagi..maksudnya,beli awal pn harga tu,beli lambat pn harga tu jgk..BAGUS MAS!MAS buat mcm tu dpt menolong orang yang emergency nk naik flight dengan harga yang konsisten..
APA YANG MENGECEWAKAN?baru2 ni tiket AIRASIA yg saya dh beli lama dh(harga murah) untuk penerbangan bulan akan datang telah dijadualkan semula waktu penerbangan..tensennya saya ada lebih kurang 4 tiket saya telah ditukar ke flight yang lain waktunya..pemberitahuan dihantar melalui sms kepada saya.apa yang mengecewakan lagi, saya ada call no tel yang diberi tapi tidak dijawab(SIBUK,SIBUK,SIBUK! jer operator auto tu bgtau) dan ada yang password yang diberikan tidak sah..amenda masalah AIRASIA ni?customer service paling teruk pernah saya alami..operator bank pn xdelh sibuk sgt mcm diaorg ni sampai xdpt answer kita punya phone call..MEMANG AMAT KECEWA DENGAN KEJADIAN INI..sampai sekarang pn saya malas mahu call lg because i have tried many times..
DELAY..setakat ni saya naik MAS ada jugak delay tapi sebab hari hujan atau ada masalah teknikal pesawat jer..tapi kalau AIRASIA selalu delay disebabkan kelewatan pesawat sampai..banyak kali dah kena macam tu..tapi baru2 ni delay pn xlama dah..kejap jer stengah jam camtu..Good Work AIRASIA!
TERMINAL..KLIA memang besar..penat jgk jalan nk pegi boarding gate tu..tapi oklah tak sesak dengan orang.tapi kalau dah lambat nk check in, better kena lari lar gi counter,kalau jln kaki jer xsempat dh..LCCT pulak ramai orang..penuh dengan indonnya,omputih,cina,korea,sumer ada..mcm 1WORLD pulak dh bukan 1Malaysia lg..kekadang tu rimas jgk terlampau ramai sgt..pening kepala kalau dok lama kat situ.check in dh ok samada KLIA ataupun LCCT..pegi kat self check in tu jer kalau kita hanya bawak hand carriage..Nak ke TERMINAL..KLIA senang jer kalau guna KLIA TRANSIT,direct dari klsentral ke KLIA..tapi kalau nak pergi LCCT,kita kena turun train kat SALAK TINGGI untuk naik shutte bus ke LCCT..aduhai pernah sekali punya romantik driver shuttle bus ni bawak,bawak 60km/j jer kot..lama betul nk sampai LCCT..nasib baik lambat lagi flight punya time,kalau x,confirm terlepas flight punya..
MAKANAN..MAS punya makanan ok..tapi xberubahlah..sama jer menu dari tahun lepas..muak jadinyer..harap MAS ubah lah menu..pastu yang tak bestnya lambat dapat makan..punyalah lama diaorg serve sorang2..sapa dok depan dn tengah beruntung lh cepat dpt mkn..pernah saya dok belakang sekali, lambat diaorg serve padahal saya dah bau dah makanan dulu sebab dapur kan kat belakang..sepatutnya bagilah yg belakang ni awl jgk,kesian dapat bau jer dulu..tapi xpelah makanan pn dapat free..AIRASIA pulak best jgk..banyak menu yang diaorg tawarkan..diaorg jual mahal ckitlh..tapi oklah berbaloi lah jugak..oklah masakan dia..
Last but not least..BERATUR..MAS ok dia suruh yang dok belakang masuk pesawat dulu..ini untuk mengelakkan kesesakan semasa nk cari tempat duduk..AIRASIA pulak berebut nak masuk pesawat..tetapi AIRASIA buka dua pintu iaitu depan dan belakang..kesesakan dapat dielakkan semasa naik dan turun.MAS hanya buka satu pintu iaitu depan sahaja..so lambat nak naik dan juga turun..
KESIMPULAN DARI ATAS: MAS CEMERLANG DALAM PERKHIDMATANNYA KEPADA PENUMPANG SETAKAT INI DAN DIHARAP MENGEKALKAN PRESTASI KERJA MEREKA..CUMA MAS PERLU KAJI SEMULA HARGA TIKET SUPAYA LEBIH BERPATUTAN..BAGI AIRASIA,MEREKA PERLU BELAJAR LAGI UNTUK TERUS MAJU DAN PADA PEMERHATIAN SAYA,AIRASIA TELAH BANYAK BERUBAH TERUTAMA DALAM PERKHIDMATAN YANG DIBERIKAN,CUMA PERLU DIPERBAIKI OLEH AIRASIA IALAH CUSTOMER SERVICE DAN KETEPATAN WAKTU PENERBANGAN.JIKA AIRASIA DAPAT MENGATASI MASALAH INI,TIDAK MUSTAHIL RAMAI YANG AKAN MEMILIH AIRASIA SEBAGAI CUSTOMER TETAP.MAS DAN AIRASIA PERLU MENGHARGAI PELANGGAN MEREKA KERANA BUKAN SELALU MEREKA INI MENAIKI KAPAL TERBANG.DENGAN HARGA TIKET YANG MAHAL, ALANGKAH RIANGNYA HATI PELANGGAN MENIKMATI PENERBANGAN YANG BOLEH DIINGATI.



1 comment: